
Strategi dan Faktor Mempengaruhi Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp
Author(s) -
Muhammad Mustakim Mohamed Noh,
Siti Arni Basir,
Wan Norhasniah Wan Husin
Publication year - 2014
Publication title -
global journal al-thaqafah
Language(s) - Spanish
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.104
H-Index - 6
eISSN - 2232-0482
pISSN - 2232-0474
DOI - 10.7187/gjat582014.04.01
Subject(s) - islam , physics , theology , political science , philosophy
Etika kerja merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan organisasi. Pencapaian organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pegawai dan pekerjanya. Islam\udsebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan dalam sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah mengkaji\udperlaksanaan amalan Etika Kerja Islam (EKI) di JCorp, dengan memberi tumpuan kepada strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi amalan EKI tersebut. Kajian ini dilakukan dengan\udmenggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sebuah kajian kes, iaitu JCorp. Interview separa-struktur telah dijalankan terhadap 15 orang interviewee yang terdiri daripada pengurusan\udtertinggi dan para eksekutif JCorp. Data dianalisa dengan menggunakan kaedah pembinaan tema, iaitu mengenalpasti tema berkenaan dengan strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp Hasil kajian menunjukkan pihak pengurusan JCorp menggunakan 5 strategi untuk melaksanakan etika kerja Islam iaitu pengenalan, implementasi, penilaian, pengekalan dan pemantauan, dan penambahbaikan berterusan. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam ialah persekitaran kerja, ganjaran dan kebajikan warga kerja, pemantauan terhadap aspek disiplin, ketelusan, amalan beragama dan komunikasi