
Prayer Apreciatian Model Based on Islamic Contemplation Method
Author(s) -
M Y Hamdi Rahman,
Y Mazlah,
I Masthurhah
Publication year - 2013
Publication title -
global journal al-thaqafah
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.104
H-Index - 6
eISSN - 2232-0482
pISSN - 2232-0474
DOI - 10.7187/gjat442013.03.02
Subject(s) - prayer , contemplation , islam , philosophy , psychology , religious studies , theology
Kesempurnaan pelaksanaan solat melibatkan kesempurnaan keseluruhan sifat-sifat solat sama ada dari aspek fizikal mahupun spritual. Penekanan yang lebih menjurus kepada aspek fizikal dalam pendidikan solat hari ini hanya merupakan sebahagian daripada pelaksanaan tanggungjawab bagi mewujudkan umat yang mendirikan solat. Kajian ini bertujuan membangunkan aspek spiritual dalam pelaksanaan solat dengan mencadangkan sebuah model penghayatan solat yang praktikal, mudah difahami dan dilaksanakan iaitu melalui pengaplikasian kaedah tafakur Islam. Model ini dibina bermula dengan mengenalpasti makna-makna yang dikemukakan oleh ulama silam berhubung rukun-rukun solat sama ada dari aspek bacaan dan perbuatan solat, berasaskan metod kajian perbandingan, iaitu bagi mengenalpasti emosi yang terlibat. Seterusnya setiap emosi terlibat akan diadaptasi ke dalam struktur pola tafakur yang telah dikenalpasti bagi menjelaskan bagaimanakah emosi tersebut boleh dibangkitkan ketika melaksanakan setiap rukun tersebut untuk melahirkan khusyuk