z-logo
open-access-imgOpen Access
Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Pelajar Dalam Aktiviti Kemahiran Membaca Teks Arab
Author(s) -
Mohd Hazli Yah@Alias,
Maimun Aqsha Lubis
Publication year - 2018
Publication title -
global journal al-thaqafah
Language(s) - English
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.104
H-Index - 6
eISSN - 2232-0482
pISSN - 2232-0474
DOI - 10.7187/gjat122018-9
Subject(s) - physics , humanities , general education , psychology , philosophy , mathematics education
Motivasi merupakan antara faktor pendorong kepada perlakuan individu dalam aktiviti membaca. Sorotan literatur menunjukkan keberkesanan aktiviti membaca banyak bergantung kepada galakan dan rangsangan daripada faktor dalaman (intrinsik) dan luaran (ekstrinsik). Namun begitu, tahap kesedaran mengenai peranan dan kepentingan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam mempertingkatkan kemahiran dan kefahaman bacaan teks Bahasa Arab sebagai bahasa ke dua masih lagi rendah. Menyedari hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta memerihalkan tahap dan jenis motivasi dalam membaca teks Arab di kalangan pelajar sekolah menengah agama di Malaysia. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian tinjauan melibatkan seramai 506 peserta kajian yang dipilih secara pensampelan rawak berkelompok. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi membaca teks Arab dalam kalangan pelajar secara keseluruhannya adalah tinggi (min=3.69). Para pelajar didapati lebih terdorong dengan motivasi ekstrinsik berbanding intrinsik. Dapatan kajian turut mendapati kesemua dimensi motivasi ekstrinsik iaitu gred, pengiktirafan, persaingan dan pematuhan mencapai tahap min yang tinggi berbanding intrinsik yang mencapai tahap min sederhana. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa pengenalpastian tahap dan jenis motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dilihat wajar dieksploitasi sebagai pemangkin kepada perancangan dan penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mempertingkatkan efikasi kendiri pelajar sekaligus berpotensi mencapai kecemerlangan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here