z-logo
open-access-imgOpen Access
Faktor Mempengaruhi Orang Kurang Upaya Menyertai Program Return to Work: Suatu Sorotan Awal
Author(s) -
Salmie Jemon,
Safri Saiman
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal dunia pengurusan
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
ISSN - 2682-8251
DOI - 10.55057/jdpg.2021.3.4.1
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Artikel ini merupakan suatu sorotan awal berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi orang kurang upaya (akibat kecederaan dan penyakit) kembali bekerja. Perbincangan terbahagi melalui tiga domain utama iaitu domain peribadi, domain pekerjaan dan domain polisi dan perundangan jaminan sosial. Dalam konteks Malaysia, program Return-To-Work (RTW) telah mulai dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun 2007. Berdasarkan analisis literatur, penulis mendapati bahawa sistem sokongan kepada pekerja yang mengalami ketidakupayaan selepas mengalami kecederaan dan penyakit telah sekian lama wujud di peringkat antarabangsa. Penulis merumuskan bahawa terdapat lompang pelaksanaan program Return-To-Work di Malaysia dari segi akses untuk kembali bekerja, yang mana ia hanya terhad kepada mereka yang mengalami kecederaan dan penyakit sahaja, tanpa mempertimbangkan mereka yang telah sembuh dari masalah gangguan mental. Disamping itu, akta anti diskriminasi pekerjaan juga perlu diperkenalkan bagi melindungi hak dan kebajikan pekerja kurang upaya.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here