z-logo
open-access-imgOpen Access
Hubungan Kepimpinan Transformasional Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Tinggi Persendirian Cina Di Negeri Johor
Author(s) -
Gan Cai Sia,
Aida Hanim,
Azzedine Hamid,
Norasmah Othman,
Analisis Deskriptif,
Dong Zong,
Negeri Bilangan,
Sekolah Bilangan,
Murid Bilangan,
Guru Nisbah,
Guru Kepada Murid,
A Bahagian,
Dan Bahagian C Melibatkan Min,
Dan Bagi,
Terus Mengekalkan
Publication year - 2022
Publication title -
jurnal dunia pendidikan
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2682-826X
DOI - 10.55057/jdpd.2022.4.1.4
Subject(s) - humanities , physics , art
Kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja merupakan isu yang sering dibincangkan terutama dalam tempoh pandemik-19 ini. Akan tetapi, kepuasan kerja guru kurang dititikberatkan oleh pengetua di sesebuah sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja guru Sekolah Tinggi Persendirian Cina di negeri Johor. Kajian ini sebagai usaha untuk menyumbangkan data tentang kepimpinan transformasional pengetua di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Hal ini demikian kerana bilangan kajian berkaitan Sekolah Tinggi Persendirian Cina terhad. Reka bentuk kajian yang dijalankan secara tinjauan dan berbentuk kuantitatif. Kajian ini dijalankan di 9 buah Sekolah Tinggi Persendirian Cina negeri Johor dan sebanyak 305 orang responden melibatkan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik skala Likert lima bagi instrumen kajian ‘Multifactor Leadership Questionnaire’ (MLQ). Kajian ini menggunakan Statistical Packages for The Social Sciences (SPSS) version 22.0 dan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif untuk menentukan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala inferensi iaitu pekali kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis. Keputusan ujian korelasi menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan pada tahap yang sangat kuat antara kepimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja guru (r = 0.762, p < 0.05) di Sekolah Tinggi Persendirian Cina negeri Johor. Implikasi kajian ini dapat memberi kesedaran kepada Dong Zong untuk menyedari kepentingan kepimpinan transformasional pengetua di setiap sekolah swasta. Penyelidik berharap melibatkan Sekolah Tinggi Persendirian Cina negeri lain dan menjalankan kepimpinan yang berlainan pada masa yang akan datang. Kesimpulannya, kepimpinan transformasional merupakan kepimpinan yang berkesan di Sekolah Menengah Persendirian Cina negeri Johor.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here