z-logo
open-access-imgOpen Access
Minda Sihat Warga Institut Pendidikan Guru dan Perintah Kawalan Pergerakan
Publication year - 2022
Publication title -
jurnal dunia pendidikan
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2682-826X
DOI - 10.55057/jdpd.2022.4.1.19
Subject(s) - humanities , psychology , physics , art
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah norma baharu kepada masyarakat Malaysia pada abad ke-21 ini. Pelaksanaannya dijangka memberi impak yang mendalam kepada keseluruhan komuniti setempat. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental kakitangan dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bilangan sampel kakitangan dan sampel pelajar adalah seramai 66 orang dan 230 orang. Kajian tinjauan ini dijalankan dalam talian dari 18 Mac 2020 sehingga 20 April 2020. Borang ujian Depression, Anxiety, Stress Scales (DASS) dihantar kepada setiap sampel melalui media sosial. Data dianalisis secara deskriptif dengan frekuensi dan peratusan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat kakitangan yang menghadapi tahap emosi yang tidak memuaskan (depresi-1 orang; anzieti-1 orang; stres-1 orang). Terdapat juga pelajar yang menghadapi tahap emosi yang tidak memuaskan (depresi-14 orang; anzieti-31 orang; stres-11 orang). Pihak pentadbiran dan Unit Psikologi & Kaunseling perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu kakitangan dan pelajar dalam kampus.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here