z-logo
open-access-imgOpen Access
Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Transformasi 25 di Daerah Jerantut
Publication year - 2022
Publication title -
jurnal dunia pendidikan
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2682-826X
DOI - 10.55057/jdpd.2022.3.4.31
Subject(s) - humanities , physics , general education , psychology , pedagogy , art
Kepimpinan berkesan merupakan asas kepada gaya dan amalan pentadbir dalam menerajui dan mempengaruhi subordinatnya ke arah kecemerlangan organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah transformasi 25 di daerah Jerantut. Seramai 40 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data kajian diuji dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratus, skor min dan sisihan piawaian. Ujian kolerasi yang digunakan untuk menganalisis hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepimpinan transformasional adalah berada pada tahap tinggi (min=4.87, s.p=0.264) dan min bagi kepuasan kerja guru juga tinggi (m=4.80, s.p=0.324). Ujian Korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru (r (40) = 0.799, p<0.01). Implikasi dasar kerajaan yang berlaku dalam organisasi dapat memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah dan menambahbaik amalan gaya kepimpinan pentadbir. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memainkan peranan dengan menyediakan latihan bagi mengurangkan tekanan dan meningkatkan tingkah laku subordinatnya. Manakala pentadbir berperanan bagi memastikan guru mempunyai tingkah laku positif dalam meningkatkan pengurusan sekolah. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan penyelidik lain serta dapat menambahkan pengetahuan dan kualiti kepimpinan di sekolah.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here