z-logo
open-access-imgOpen Access
Amalan Amalan Pengajaran Bersama Pendidikan Inklusif Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Daerah Penampang, Sabah
Publication year - 2022
Publication title -
jurnal dunia pendidikan
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2682-826X
DOI - 10.55057/jdpd.2022.3.4.26
Subject(s) - humanities , general education , physics , psychology , philosophy , pedagogy
Tujuan kertas kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan pengajaran bersama pendidikan inklusif dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah daerah Penampang, Sabah. Dalam kajian ini, tahap amalan pengajaran bersama pendidikan inklusif di sekolah masih berada pada tahap yang sederhana dan perlu ditingkatkan bagi memastikan kepuasan kerja guru adalah tinggi. Ini kerana ianya menjadi tuntas kepada kecemerlangan akademik murid berkeperluan khas (MBK). Isu-isu seperti tatacara pelaksanaan amalan pengajaran bersama pendidikan inklusif yang berbeza bagi setiap sekolah menyebabkan kesukaran dalam penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Oleh itu, hasil dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat mengenai tahap amalan dan keberkesanan pengajaran bersama pendidikan inklusif serta impaknya terhadap kepuasan kerja guru yang melaksanakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hasil kajian diukur secara analisis deskriptif dan inferensi melalui edaran borang soal-selidik kepada kelapan-lapan buah sekolah yang mempunyai kemudahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam daerah Penampang, Sabah. Sasaran responden adalah guru-guru yang mengajar di kelas inklusif. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan positif yang kuat antara amalan pengajaran bersama pendidikan inklusif dengan kepuasan kerja guru pada nilai kolerasi r = 0.683. Tatacra pelaksanaan amalan pengajaran bersama guru yang tidak seragam dan menyeluruh menyebabkan timbulnya isu-isu yang memberi impak terhadap kepuasan kerja guru. Hal ini memberi kesan terhadap penilaian keberkesanan PPI kerana tidak mempunyai satu standard operasi yang seragam. Oleh itu, pihak kementerian sukar untuk menentukan tahap keberkesanan PPI yang dijalankan di setiap sekolah. Dari aspek latihan pula, implikasi adalah pengetahuan dan kemahiran yang terhad menyebabkan guru yang mengajar di kelas inklusif mempunyai kesukaran untuk mempraktikkan amalan pengajaran bersama yang berkesan dan efektif. Akhir sekali, penambahbaikan yang menyeluruh ini terhadap amalan pengajaran bersama adalah penting dalam menjamin tahap kepuasan kerja guru yang tinggi dalam melaksanakan PPI di sekolah yang mempunyai kemudahan PPKI.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here