z-logo
open-access-imgOpen Access
Penilaian Semula Sabab Nuzul Āyah dalam Tafsir Tarjuman Al-Mustafid Berdasarkan Pendekatan Genetik: Tumpuan Kajian Terhadap Surah Al-Baqarah
Author(s) -
Mohd Sholeh,
Sheh Yusuff,
Abdul Mahadzir,
Thoriq Muhd,
Che Asshiddiq,
Abdul Manaf
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal dunia pendidikan
Language(s) - Spanish
Resource type - Journals
ISSN - 2682-826X
DOI - 10.55057/jdpd.2021.3.4.24
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Para ulama mendefinisikan peristiwa-peristiwa di sebalik penurunan ayat al-Quran sebagai sabab nuzul āyah. Pengetahuan mengenai sabab nuzul āyah ini merupakan suatu perkara penting yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam khususnya para penuntut ilmu al-Quran. Syeikh Abd al-Rauf al-Singkili ketika menulis Tafsir Tarjuman al-Mustafid telah memuatkan data-data mengenai sabab nuzul āyah dalam menafsirkan ayat-ayat suci al-Quran. Walaupun begitu, beliau tidak menyatakan sumber-sumber rujukan yang jelas bagi data-data dan fakta-fakta yang dinyatakan itu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti sumber-sumber rujukan mengenai data-data berkaitan sabab nuzul āyah yang terdapat dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid tersebut. Bagi mengetahui sumber data-data tersebut para pengkaji menggunakan pendekatan genetik dalam kajian bandingan yang diperkenalkan oleh Goldman (1967). Kajian ini juga hanya tertumpu kepada surah al-Baqarah dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid sebagai satu usaha awal ke arah memperhalusi isi kandungan karya tersebut dan seterusnya akan dikembangkan kepada surah-surah yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tujuh buah karya yang menjadi rujukan Syeikh Abd al-Rauf al-Singkili ketika membahaskan sabab nuzul āyah dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid iaitu Tafsīr al-Jalālayn, Tafsīr al-Khāzin, Tafsīr al-Tha'labi, Tafsīr al-Wajiz, Tafsīr al-Baydāwi, Tafsīr Mujāhid dan Tafsīr al-Tabari.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here
Accelerating Research

Address

John Eccles House
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom