z-logo
open-access-imgOpen Access
Pelaksanaan PdPR Terhadap Murid Ketidakupayaan Pendengaran: Pandemik Covid-19
Author(s) -
Siti Aisyah Nur,
Wahida Rosli,
Rosadah Abd Majid,
Ahmad Zamri Mansor
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal dunia pendidikan
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2682-826X
DOI - 10.55057/jdpd.2021.3.4.15
Subject(s) - humanities , physics , art
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu tindakan yang diambil tegas oleh kerajaan bagi menjamin kesihatan seluruh negara. Penularan wabak Corona Virus ini memberi impak terhadap sektor ekonomi, sukan, kesihatan dan juga pendidikan yang menjadikan keseluruhan sektor tutup secara drastik. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan bahawa proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) dijalankan secara atas talian yang dikenali sebagai Pengajaran dan Pemudahcaraan di rumah (PdPR) yang melibatkan semua pihak tidak terkecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK). Objektif kajian ini ialah i) mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap pelaksanaan PdPR ii) mengenal pasti sikap MBK pendengaran semasa pandemik Covid-19 dan mengenalpasti motivasi MBK pendengaran semasa pandemik Covid-19. Persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini dan peserta kajian seramai 6 orang guru pendengaran dan 32 orang MBK pendengaran. Penyelidikan secara gabungan (mixed method) digunakan oleh penyelidik iaitu penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan secara soal selidik kepada MBK pendengaran manakala penyelidikan kualitatif secara pemerhatian dan protokol temubual kepada guru pendengaran dalam pengajarannya bagi mendapatkan hasil kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru terhadap murid ketidakupayaan semasa PdPR yang secara tidak langsung memberi gambaran terhadap sikap murid serta motivasi mereka terhadap kelas PdPR. Pengetahuan guru terhadap teknologi dapat meningkatkan mutu pendidikan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here