
Peranan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dalam pembudayaan talaqqī al-Quran bersanad
Author(s) -
Mohamad Redha Mohamad,
Muhammad Firdaus Abdul Manaf,
Muhammad Zaid Shamshul Kamar
Publication year - 2021
Publication title -
al-irsyad : journal of islamic and contemporary issues
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2550-1992
pISSN - 0128-116X
DOI - 10.53840/alirsyad.v6i1.162
Subject(s) - islamic education , humanities , political science , philosophy , theology , islam
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan komuniti berpendidikan tinggi pada hari ini. IPT Islam yang berasaskan pendidikan seperti akidah, syariah dan akhlak turut sama menyumbang dalam melahirkan modal insan yang mencurahkan pelbagai sumbangan kepada masyarakat di Malaysia. Antara salah satu pengajian yang ditawarkan di IPT Islam adalah pengajian al-Quran yang matlamatnya adalah untuk mendidik para pelajarnya supaya dapat membaca al-Quran dengan baik. Sebahagian IPT Islam juga menawarkan Kursus Talaqqī al-Quran Bersanad kepada orang awam secara persijilan. Permintaan untuk pengajian talaqqī al-Quran bersanad semakin berkembang di Malaysia. Walaupun begitu, kuantiti IPT Islam yang menawarkan kursus ini adalah terhad. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenalpasti peranan IPT Islam dalam pembudayaan talaqqī al-Quran bersanad. Kajian ini akan membentangkan analisis perbandingan tentang pengajian talaqqī al-Quran bersanad yang ditawarkan di Universiti Malaya (UM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Antara kandungan yang dibentangkan adalah nama dan objektif kursus, tempoh pengajian, kandungan kursus, penilaian pelajar dan pengijazahan sanad. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini ialah kualitatif manakala pengumpulan data merangkumi data sekunder daripada sumber kepustakaan dan internet. Hasil kajian mendapati Kursus Talaqqī al-Quran Bersanad perlu dikembangkan dan disebarluaskan dengan lebih jauh. Tambahan pula, pembelajaran secara talaqqī bersanad adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW dan juga para qurrā’ pada setiap zaman. Oleh itu, setiap IPT Islam perlu memainkan peranan penting untuk membudayakan talaqqī al-Quran secara bersanad.