z-logo
open-access-imgOpen Access
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Author(s) -
Rabi’ah Muhammad Serji
Publication year - 2016
Publication title -
al-irsyad : journal of islamic and contemporary issues
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
eISSN - 2550-1992
pISSN - 0128-116X
DOI - 10.53840/alirsyad.v1i1.32
Subject(s) - political science , islam , humanities , theology , philosophy
Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Undang-undang ini dilaksanakan di negara kita melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965.Sebelum penjajahan British, negeri-negeri di Tanah Melayu pada hakikatnya sudah memiliki sistem perundangan mereka sendiri berasaskan undang-undang Islam dan adat Melayu. Namun, penjajahan British ke atas Tanah Melayu memberi impak yang besar apabila pentadbiran tanah berasaskan undang-undang Islam dan adat Melayu dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Torrens. Timbul persoalan sama ada undang-undang tanah Islam dan adat Melayu telah dihapuskan secara total atau pun masih ada ruang kepada pemakaiannya. Kertas kerja ini akan membincangkan kajian terhadap pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu yang masih wujud dalam undang-undang tanah yang menggunakan prinsip Torrens di Malaysia. Kaedah yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Analisis mendapati undang-undang Islam dan adat Melayu diiktiraf dan dipakai hanya dalam hal-hal tertentu sahaja. Bidang kuasa eksklusif yang telah diberikan kepada mahkamah Syariah melalui pindaan undang-undang juga telah memberi ruang kepada pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu dalam pentadbiran tanah di Malaysia.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here