z-logo
open-access-imgOpen Access
Sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama
Author(s) -
Zainora Daud,
Norsaleha Mohd Salleh,
Noorhafizah Mohd Haridi,
Al Emran Ismail
Publication year - 2016
Publication title -
al-irsyad : journal of islamic and contemporary issues
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2550-1992
pISSN - 0128-116X
DOI - 10.53840/alirsyad.v1i1.30
Subject(s) - humanities , philosophy
Kertas ini membincangkan sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama. Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 43 orang belia di salah sebuah IPT, di Malaysia. Kajian ini bertujuan meninjau latarbelakang belia terhadap pemikiran tidak beragama serta menganalisis aspek sikap golongan belia Islam. Reka bentuk kajian ini iaitu kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibina oleh kumpulan penyelidik dan kandungannya telah disahkan oleh panel pakar. Kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang mencapai tahap α = 0.81 adalah tinggi. Dapatan analisis menunjukkan tahap penghayatan belia berada di tahap yang baik dengan majoriti belia menunjukkan sikap yang amat prihatin tentang Islam serta minat dalam program-program keagamaan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama berada di tahap skor min rendah iaitu (min = 1.28, sp = 0.31). Namun begitu hanya terdapat beberapa item yang menunjukkan sikap negatif belia terhadap pemikiran tidak beragama. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa tahap sikap belia yang rendah terhadap pemikiran tidak beragama tidak dipengaruhi daripada latarbelakang belia, walau bagaimanapun aspek umur mempengaruhi sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here