z-logo
open-access-imgOpen Access
ANALISIS SISTEM SAPAAN DALAM KAD UNDANGAN PERKAHWINAN MELAYU
Author(s) -
Nurul Ain Alizuddin,
NIK NUR ATHIRAH NIK MOHD ARIF
Publication year - 2020
Publication title -
manu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1511-1989
DOI - 10.51200/manu.vi.2696
Subject(s) - humanities , malay , sociology , philosophy , linguistics
Kajian ini meneliti penggunaan sistem sapaan dalam kad undangan perkahwinan masyarakat Melayu. Sistem sapaan dalam masyarakat Melayu amat unik kerana terdapat pelbagai sistem gelaran dan panggilan berdasarkan status sosial seseorang individu tersebut. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membuktikan bahawa sistem sapaan yang diamalkan merupakan satu bentuk kesantunan berbahasa kerana melambangkan taraf dan status sosial seseorang. Data dianalisis menggunakan Teori Ervin-Tripp (1972). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan teknik kajian analisis kata sapaan dalam kad undangan perkahwinan Melayu. Berdasarkan analisis kajian pustaka yang dijalankan, faktor yang mempengaruhi sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melayu adalah berdasarkan status sosioekonomi seseorang, iaitu umur, jantina, pangkat dan pendidikan individu. Sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melayu mempunyai fungsi yang tersendiri, iaitu untuk menunjukkan rasa hormat dan memuliakan seseorang, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Selain itu, sistem sapaan bertujuan mendidik generasi muda kini dan generasi akan datang untuk menghormati orang yang lebih tua. Kajian sistem sapaan ini penting dan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu kerana dengan menerapkan nilai-nilai kesantunan dalam berkomunikasi, masyarakat Melayu lebih dipandang tinggi dan dihormati. This study examined the use of the address system in Malay wedding invitation cards. The address system in the Malay community is very unique due to the use of various titles and terms based on the social status of the intended individuals. This paper was therefore aimed at proving that the address system practised in the community was a form oflanguage politeness since it portrayed the rank and social status of a person. Data were analysed with the theory proposed by Ervin-Tripp (1972). This study utilised a qualitative approach using the technique of extracting andanalysing address forms used in Malay wedding invitation cards. Based on the analysis, it was found that factors affecting the address system and honorifics in the Malay community depended on a person’s socioeconomicstatus such as age, gender, rank and education of individuals. The address system in the Malay community has specific functions namely to show respect and honour, and to strengthen family and community bonds. In addition, the use of the address system is aimed at educating the young and future generations to respect their elders. This study is critical and beneficial to the Malay community since inculcating politeness values in communication with others would lead to the community being regarded with esteem and respect.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here