
Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan Bahasa Melayu
Author(s) -
Ab Rahim,
Nurul Ain Alizuddin
Publication year - 2021
Publication title -
manu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1511-1989
DOI - 10.51200/manu.v23i0.284
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Makalah ini berfokus pada ayat majmuk pancangan bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu. Kajian ini berlandaskan Teori Transformasi Generatif Standard yang diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Dalam menerbitkan ayat majmuk pancangan, berlaku prosesproses transformasi seperti pengguguran, peluasan dan penyusunan semula. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan-keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis. Dapatan analisis memperlihatkan pantun merupakan satu medium terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu kerana banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan.