
PENGGUNAAN TRANSLITERASI ARAB-RUMI DALAM KONTEKS MOTIVASI DAKWAH
Author(s) -
Ismail Maidin,
Sarip Adul,
Dg. Hafizah Binti Ag. Basir
Publication year - 2019
Publication title -
manu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1511-1989
DOI - 10.51200/manu.v0i0.1996
Subject(s) - humanities , arabic , philosophy , linguistics
Abstrak Motivasi Dakwah adalah sebuah motivasi yang berbentuk permulaan yang bertujuan memberikan rangsangan, tarikan dan minat terhadap dakwah yang diberikan. Penggunaan transliterasi Arab-Rumi dilihat sebagai antara bentuk motivasi dakwah dalam berdakwah mempelajari bahasa Arab, Asas Tilawah dan sebagainya kepada golongan yang mempunyai asas pembacaan tulisan Rumi atau Latin. Perlu diperhatikan ialah peranan motivasi dakwah tersebut hanya bersifat gabung jalin dengan pengetahuan sedia ada, dan berbentuk sementara serta tidak bersifat kekal, kerana tujuan motivasi tersebut adalah satu usaha untuk merangsang minat dan memudahkan penguasaan dalam pembacaan dan penghafalan teks berbahasa Arab. Metodologi kajian adalah kajian kualitatif berbentuk tinjauan perpustakaan terhadap penggunaan transliterasi Arab-Rumi mengikut perspektif al-Quran, Hadis-Hadis Nabi SAW, Pendapat-Pendapat Ulama dan penelitian terhadap buku-buku atau kitab-kitab yang menggunakan transliterasi Arab-Rumi dalam penerbitannya. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan transliterasi Arab-Rumi adalah satu bentuk terjemahan fonetik dan harus hukumnya dalam konteks motivasi dakwah, tetapi pendekatan berguru (Talaqqi Musyafahah) dan mahir kaedah menggunakannya adalah amat perlu agar dapat mengenal kaedah asas transliterasi yang diguna pakai, serta dapat menyebut makhraj atau artikulasi fonetik dengan tepat berikutan bentuk-bentuk transliterasi yang telah diiktiraf secara akademik adalah pelbagai versi.
Kata kunci: Transliterasi Arab-Rumi, Terjemahan Fonetik, Motivasi Dakwah.
Abstract Motivational Da’wah is a motivational in the form of a beginning aimed at stimulating, appealing and interest in the given da’wah. The use of Arabic-Roman Transliteration is seen as one of the motivational forms of da’wah in the preaching of Arabic for who already have a basic reading of Rumi or Latin. It should be noted that the motivational role of the da'wah is only in combination with existing knowledge, and is temporary and non-permanent, as the purpose of the motivation is an attempt to stimulate interest and facilitate mastery of reading and memorizing Arabic scripts. The methodology of this study is a qualitative study in the form of a library survey on the use of Arabic-Rumi transliteration from the perspective of the Quran, Prophet's Hadith, Opinions of Scholars and research on books or books that use Arabic-Rumi transliterations in their publications. The findings of the study found that the use of Arabic-Rumi transliteration is a form of phonetic translation and should be legal in the context of motivational da’wah, but the learned approach (Talaqqi Musyafahah) and proficient use to be able understanding the basic methods of transliteration used, and ability to recite precise phonetic articulation following forms of academically recognized transliteration are various.
Keywords: Arabic-Roman Transliteration, Phonetic Translation , Motivational Da’wah.