
PENERIMAAN YOUTUBE SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT AGAMA ISLAM DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KAMPUNG ULU PUTATAN, SABAH: PENGAPLIKASIAN MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM) DAN TEORI KREDIBILITI.
Author(s) -
Intan Kurnia Ahmad
Publication year - 2020
Language(s) - English
DOI - 10.51200/jobsts.v6i1.2802
Subject(s) - humanities , art
Dalam era ledakan teknologi kini, Youtube telah menjadi alternatif baru bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat agama Islam dengan lebih mudah dan pantas. Youtube merupakan antara medium dakwah popular dalam internet, kerana dilihat sebagai medium yang boleh menarik minat masyarakat kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual. Sehubungan dengan itu, masyarakat mula memanfaatkannya sebagai platform untuk pembelajaran dan pemahaman mengenai agama Islam. Namun, ruang lingkup penggunaan Youtube yang terbuka menyebabkan berlakunya kebanjiran maklumat agama Islam. Limpahan maklumat tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan isu kredibiliti kandungan maklumat yang diterima oleh pengguna. Kajian empirikal terhadap kajian lepas mendapati maklumat agama Islam diterima atas faktor Youtube mudah diguna dan berguna. Namun, dari perspektif model yang digunakan dilihat tidak mendalam dan kurang memfokuskan terhadap faktor penerimaan terhadap kandungannya. Ini kerana, adalah amat penting satu pemahaman dibina untuk mengetahui bagaimana kredbiliti maklumat agama Islam dari Youtube ditentukan. Justeru, wujudnya keperluan untuk membuat penelitian bagi mengetahui faktor kepercayaan terhadap maklumat agama Islam dari Youtube yang mendorong kepada penerimaan Youtube sebagai sumber maklumat agama Islam. Penerimaan adalah sesuatu yang perlu dikaji untuk menjangkakan implikasi yang mungkin wujud dalam kehidupan.
In this current era of technology boom, YouTube has become a new alternative for the community to get information about Islam more easily and quickly. YouTube is one of the popular Da'wah medium in the internet, because it is seen as a medium that can attract the interest of the community because of its nature that combines audio and visual elements. In this regard, the community began to use it as a platform for learning and understanding of Islam. However, the scope of open use of YouTube has led to an influx of Islamic religious information. The overflow of such information has indirectly raised the issue of the credibility of the information content received by users. An empirical study of previous studies found that Islamic religious information was accepted due to the fact that YouTube is easy to use and useful. However, from the perspective of the model used is seen as not deep and less focused on the acceptance factor of its content. This is because, it is very important an understanding is built to know how the credibility of Islamic religious information from YouTube is determined. Thus, there is a need to do research to find out the factors of belief in Islamic religious information from YouTube that lead to the acceptance of YouTube as a source of Islamic religious information. Acceptance is something that needs to be studied to anticipate the implications that may exist in life.