z-logo
open-access-imgOpen Access
Kehormatan dan Maruah dalam Ngayau II Karya Amil Jaya
Author(s) -
Rosmah Derak,
Asmiaty Amat,
Nor Ain Manap
Publication year - 2020
Publication title -
jurnal komunikasi borneo
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
ISSN - 2289-859X
DOI - 10.51200/jkob.vi.2518
Subject(s) - humanities , art
Kehormatan atau harga diri menjadi intipati utama yang cuba dipaparkan oleh Amil Jaya dalam novel Ngayau II. Novel ini merupakan novel keempat yang ditulis oleh Amil Jaya atau Ismail Abbas selepas Cerah, Ngayau dan Bagaton. Ngayau II terbit pada tahun 2015 merupakan rentetan kisah ngayau yang berlaku di Sarawak tetapi latarnya lebih memfokuskan tradisi ngayau yang berlaku di Sabah suatu masa dahulu. Makalah ini menggunakan kaedah analisis teks menggunakan pendekatan kehormatan oleh Ali Jarishah (1990). Menurut Ali Jarishah, terdapat tujuh jenis kehormatan, iaitu kehormatan darah, harta benda, maruah, perpecahan, kezaliman, wanita dan amanah. Berdasarkan kajian ini, didapati terdapat empat jenis kehormatan yang terdapat dalam novel ini, iaitu kehormatan mempertahankan darah (nyawa), kehormatan harta benda, kehormatan mempertahankan maruah serta kehormatan wanita. Masyarakat peribumi khususnya etnik Bajau berusaha untuk mempertahankan kehormatan dan maruah mereka daripada diganggu gugat oleh lanun dan etnik Dayak yang sering mengganggu ketenteraman kampung mereka.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here