z-logo
open-access-imgOpen Access
Analisis Pelaporan Akhbar The Guardian dan The Telegraph Dalam Talian Terhadap Isu Penyalahgunaan Bahan Terlarang (Doping) Dalam Kalangan Atlet
Author(s) -
Muhammad Azri Syazwan Abd Hamid,
Muhammad Idiris Saleh
Publication year - 2020
Publication title -
jurnal komunikasi borneo
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2289-859X
DOI - 10.51200/jkob.vi.2425
Subject(s) - humanities , physics , general education , art , sociology , pedagogy
Penggunaan bahan terlarang ataupun doping seperti steroid adalah tidak asing lagi dalam kalangan atlet sama ada atlet kategori amatur, semi profesional, mahupun atlet profesional. Isu doping sememangnya telah hangat diperkatakan sejak dahulu lagi kerana isu ini merupakan polemik yang tiada jalan penyelesaiannya. Antara acara sukan yang sering dikaitkan dengan isu doping termasuklah sukan olahraga, angkat berat, badminton, dan renang. Hampir saban tahun, media melaporkan isu doping ini khususnya dengan memberikan tumpuan terhadap kesalahan dan kesan doping ini terhadap atlet dan kerjayanya. Sungguhpun begitu, kajian lepas terhadap isu doping dalam media amatlah terhad. Bagi mengisi kelompongan kajian-kajian lepas, kajian ini telah dijalankan dengan menganalisis kandungan pelaporan isu doping dari tahun 2016 hingga 2019 dalam dua akhbar antarabangsa dalam talian terpilih iaitu The Guardian dan The Telegraph untuk mengkaji tajuk, tema, dan nilai berita dalam pelaporan isu doping dalam kalangan atlet. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua akhbar dalam talian tersebut telah memberikan pelaporan yang tinggi terhadap isu doping dan kebanyakannya ditulis dengan menggunakan tajuk berbentuk hukuman dan memaparkan nilai berita yang bersifat negatif. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada korpus ilmu bidang Komunikasi Sukan yang menjadi rujukan penting bagi penyelidik-penyelidik akan datang dalam bidang ini.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here