z-logo
open-access-imgOpen Access
KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM MEMPERKASAKAN BANDAR BERDAYA HUNI DI ZON BLACK SPOT JENAYAH DI KOTA KINABALU, SABAH
Author(s) -
Norcikeyonn Samuni,
Nor-Ina Kanyo,
Jabil Mapjabil
Publication year - 2021
Publication title -
kinabalu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1394-4517
DOI - 10.51200/ejk.vi.3650
Subject(s) - humanities , sociology , political science , art
Dalam mencapai usaha mewujudkan sebuah bandar selamat dan berdaya huni, terdapat beberapa elemen penting yang perlu ditekankan dalam merealisasikannya. Salah satunya ialah elemen keterlibatan komuniti bandar yang merupakan agen pembangunan dan perubahan kepada sesuatu dimensi ruang. Kota Kinabalu adalah sebuah bandar yang pesat membangun dari pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dan fizikal dan ia mendorong kepada keinginan masyarakat untuk berhijrah ke kawasan bandar, sama ada secara kekal atau sementara bagi memenuhi keperluan dan kelangsungan hidup. Justeru, penghijrahan masyarakat ke bandar Kota Kinabalu telah menyumbang kepada tuntutan sosial dan fizikal yang membawa kepada isu keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat. Maka, dalam mewujudkan sebuah bandar berdaya huni (BDH) untuk komuniti, bagaimana pula dengan tahap kesediaan dan keterlibatan komuniti untuk memperkasakan usaha ini di peringkat lokal. Kajian ini dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dengan memfokuskan kepada lima buah zon black spot jenayah iaitu sekitar Sadong Jaya, Segama, Sinsuran, Sembulan dan Tanjung Aru. Justifikasi pemilihan lokasi ini adalah disebabkan indeks jenayah di kawasan tersebut tinggi, menjadi zon pelaksanaan program bandar selamat di bawah pihak berkuasa tempatan, populasinya yang ramai dan pusat tumpuan segala aktiviti masyarakat. Zon yang terlibat terletak berhampiran pusat bandar raya. Seramai 384 orang responden terlibat dalam penyelidikan ini. Penggunaan soal selidik digunakan bagi menjawab objektif kajian dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) melalui analisis frekuensi, crosstabs dan skor min. Dapatan kajian menjelaskan bahawa keterlibatan komuniti dalam memperkasakan BDH di zon black spot jenayah di Kota Kinabalu masih rendah. Oleh itu, pelbagai usaha dan mekanisme perlu dilaksanakan khususnya dalam agenda pemerkasaan komuniti secara komited dan konsisten.   In achieving the efforts to create a safe and liveable city, several important elements need to be emphasized in realizing it. One of them is the urban community engagement element which is the agent of development and change to a dimension of space. Kota Kinabalu is a rapidly developing cityfrom various aspects such as economic, social, and physical and it encourages the desire of the community to migrate to urban areas either permanentlyor temporarily to meet the needs and survival. Thus, the migration of the community to Kota Kinabalu has contributed to the social and physicaldemands that lead to the issue of safety, comfort, and well-being of the community. Thus, in creating a livable city for the community, what aboutthe level of preparedness and community involvement to strengthen this effort at the local level. This study was conducted around Kota Kinabalu focusingon five criminal black spot zones which are around Sadong Jaya, Segama, Sinsuran, Sembulan, and Tanjung Aru. The justification for the relocation ofthis location is due to the high crime index in the area, being a safe urban program implementation zone under the local authorities, its large population, and the focus center of all community activities. The affected zones are located near the city centre. A total of 384 respondents were involved in this research. The use of a questionnaire is used to answer the objectives of the study and data is analyzed using a Statistical Package for Social Science (SPSS) software through frequency analysis, crosstabs, and mean score. The findings explain that community involvement in empowering the livable city in the criminal black spot zone in Kota Kinabalu is still low. Therefore, various efforts and mechanisms should be implemented especially in the agenda of communityempowerment in a committed and consistent manner. 

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here