z-logo
open-access-imgOpen Access
HUBUNGAN INTERGENERASI, SOKONGAN PSIKOLOGI DAN SOSIAL DALAM PENJAGAAN WARGA EMAS: SATU KAJIAN KES DI KOTA KINABALU SABAH
Author(s) -
NURUL HUDANI MD NAWI,
HABIBIE IBRAHIM,
PUTERI HAYATI MEGAT AHMAD
Publication year - 2020
Publication title -
kinabalu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1394-4517
DOI - 10.51200/ejk.vi.2499
Subject(s) - humanities , psychology , art
Kajian ini bertujuan untuk memerihalkan mengenai pandangan anak dewasa atau penjaga warga emas terhadap aspek intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas. Untuk tujuan itu, data kualitatif telah digunakan secara terperinci bagi mencapai objektif tersebut. Seramai enam (6) penjaga dewasa kepada warga tua telah menyertai kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada kaum lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan dengan warga tua sama ada sebagai anak, anak angkat, cucu mahupun ahli keluarga ruas lain yang sudah menganggap bahawa mereka adalah satu keluarga dan tinggal menetap di sekitar Kota Kinabalu. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006). Secara keseluruhannya hasil kajian menampakkan bahawa nilai-nilai murni dalam masyarakat misalnya menghormati orang tua masih dipegang oleh anak-anak yang berperanan sebagai generasi muda. Lantaran daripada sikap menghormati orang tua itu seterusnya menimbul rasa tanggungjawab dan rasa sayang dalam kalangan anak-anak dewasa untuk menjaga orang tua mereka sehingga menampakkan hubungan intergenerasi yang baik. Dapatan kajian juga melaporkan bahawa penjaga dewasa memerlukan sokongan sosial dan sokongan psikologi di dalam proses menjaga orang tua mereka. Kajian ini memberi implikasi ke atas polisi berkaitan warga emas dengan menunjukkan akan keperluan untuk merangka seterusnya membina satu modul secara holistik berdasarkan Dasar Warga Tua Negara (DWEN). Ianya memerlukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara supaya penghasilan modul lebih bersepadu bagi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup bagi penjaga dan juga warga tua. The research is intended to describe the views of adults (caregivers) on intergenerational relationships, psychological support, and social support in the care of the elderly. Therefore, qualitative data is used in detail to achieve that objective. A total of six (6) adult caregivers participated in this study. The study participants consisted of men and women who had relationships with the elderly whether as children, adopted children, grandchildren or other extended family members who considered themselves a family and lived in the vicinity of Kota Kinabalu. Data were analyzed using thematic analysis by Braun and Clarke (2006). The results of the study seem to indicate that the value of the society's respect for parents is still held by children as young people. As a result of this respect for parents comes a sense of responsibility and affection among the older children to take care of their parents and this shows good intergenerational relationships. The findings also show that adult caregivers need social and psychological support in the process of caring for their parents. This study has implications for senior citizen policy by highlighting the need to formulate a holistic module based on the National Citizenship Policy (DWEN). It needs an improvement in the country's action plan to ensure the module more integrated related to well-being and quality of life for caregivers and the elderly.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here