z-logo
open-access-imgOpen Access
MEDIA DAN LITERASI POLITIK DI SABAH MENJELANG PRU-14: KAJIAN KES PARLIMEN TAWAU
Author(s) -
Jasmi Mohd Nasier,
Zaini Othman,
Eko Prayitno Joko,
Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainoor
Publication year - 2018
Publication title -
kinabalu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1394-4517
DOI - 10.51200/ejk.vi.1649
Subject(s) - humanities , art
Artikel ini bertujuan untuk melihat berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh media dalam meningkatkan literasi politik pengundi di kawasan Parlimen Tawau. Kajian ini menganalisis tentang kefahaman pengundi di Tawau berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dalam proses demokrasi terunggul, iaitu pilihan raya umum. Pemahaman terhadap politik ini yang juga dikenali sebagai literasi politik semakin meningkat daripada satu pilihan raya ke pilihan raya yang lain, dan salah satu penyumbang kepada literasi politik ini adalah peranan yang dimainkan oleh media. Data-data yang digunakan dalam kajian ini adalah bersandarkan kepada data kaji selidik yang dijalankan sebelum pembubaran Parlimen untuk PRU-14, dengan menggunakan borang soal selidik, sebanyak 1,000 borang yang diedarkan ke tiga buah DUN yang terdapat dalam kawasan Parlimen Tawau. Selain itu juga, Focus Group Discussion (FGD) turut dilakukan bagi menambah dan menguatkan lagi data-data daripada borang soal selidik dengan menemu bual beberapa orang responden di kawasan tersebut. Kajian berjaya membuktikan bahawa literasi politik pengundi-pengundi di Tawau ini adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh media, sama ada media elektronik, media cetak, mahupun media sosial. Penulisan ini juga menunjukkan bahawa pengundi-pengundi di kawasan Tawau mula menunjukkan kefahaman yang tinggi dalam politik apabila mereka mampu menganalisis dan memberikan pandangan berkenaan dengan kuasa yang mereka ada sebagai seorang pemilih. Keadaan ini sekali gus berjaya merubah suasana atau trend pengundian pengundi di Tawau apabila mereka tidak lagi mudah untuk percaya atau terpengaruh kepada sesuatu isu-isu politik itu tanpa membuat sebarang penilaian terhadap maklumat tersebut. Akhirnya, ia akan mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya umum bagi memilih calon untuk mewakili mereka sewaktu PRU-14 kelak.AbstractThis paper explains the role played by the media in the increase of political literacy in Tawau Parliamentary constituency. This study analyzes the understanding of voters in Tawau on their role and responsibility as a citizen in the process of voting in the General Election. The understanding of this politics, also known as Political Literacy, is increasing from one election to one election, and one of the biggest contributors is the role played by the media. The data used in this study is based on the survey data conducted before the dissolution of Parliament before the GE-14 by using questionnaire forms, which is about 1000 forms, that was distributed to three DUN within the Tawau Parliamentary constituency. In addition, Focus Group Discussion (FGD) was also conducted to supplement and reinforce the data from the questionnaire, by interviewing several respondents in the study area. Studies have proven that the media has played a big role in political literacy in Tawau, either through electronic media, print media, or social media. This paper also shows that voters in Tawau have a high level of understanding in politics when they are able to analyze and give insight into their power as a voter. This situation has succeeded in changing the atmosphere or trend of voting in Tawau when they are no longer easily affected by political issues without making any assessment first. Ultimately, it will influence voters in the general election to select candidates to represent them during the GE-14.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here