z-logo
open-access-imgOpen Access
Penilaian Faktor-faktor Kesenjangan Etnik Di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional
Author(s) -
Aszlan Selamat,
Mohamad Iszuan Safarudin
Publication year - 2016
Publication title -
kinabalu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1394-4517
DOI - 10.51200/ejk.v19i0.504
Subject(s) - political science , humanities , art
Artikel ini membincangkan tentang sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dan isu kesenjangan etnik dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan diasaskan kepada ketidakupayaan gerakan kemerdekaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai bangsa Malaysia yang diidamkan di sebalik kejayaan mengambil alih kuasa dan menyingkirkan penjajah. Kupasan menjurus kepada kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara unik yang harus dibanggakan. Namun, kepelbagaian ini juga menyebabkan timbulnya pendapat bahawa ia adalah masalah yang menjadi penghalang kepada perpaduan dan pembentukan nasion Malaysia. Pembinaan nasion Malaysia atau bangsa Malaysia memerlukan masa yang agak panjang dengan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang positif mendorong kepada proses pembinaan bangsa tersebut. Kepelbagaian ini harus dilihat sebagai sesuatu yang melambangkan identiti kita sebagai sebuah rakyat Malaysia dan bukannya sebagai masalah. Ia haruslah diakui dan dihormati bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia, iaitu setiap anggota masyarakat merasakan bahawa negara ini adalah untuk semua. Dengan wujudnya perasaan sedemikian, tidak mustahil nasion Malaysia akan dibentuk dengan jayanya suatu hari nanti berasaskan usaha yang berterusan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here