z-logo
open-access-imgOpen Access
Kesediaan PdPR dan Kemahiran Mengawal Tekanan Psikologikal Semasa Pandemik Covid-19 dalam Kalangan Guru KAFA
Author(s) -
Nornadiba Huda Maat,
Shahlan Surat
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i3.1377
Subject(s) - humanities , psychology , general education , sociology , pedagogy , philosophy
Pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) yang menjadi norma baharu dalam dunia pendidikan pada masa kini berikutan pandemik Covid-19 telah mendatangkan pelbagai cabaran kepada guru. Oleh itu, kajian tinjauan ini telah dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan dan kemahiran mengawal tekanan dalam kalangan guru Kelas Agama dam Fardu Ain (KAFA) di daerah Pontian, Johor Baharu. 132 orang responden dari daerah tersebut telah dipilih dalam kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis data. Hasil analisis deskriptif menunjukkan guru-guru KAFA mempunyai tahap kesediaan dan kemahiran mengawal tekanan yang tinggi. Analisis inferensi pula menunjukkan bahawa pengalaman mengajar tidak memainkan peranan penting dalam kesediaan guru KAFA untuk menjalankan PdPR dan kemahiran mengawal tekanan psikologikal. Oleh itu, guru perlu sentiasa bersedia dari pelbagai aspek yang melibatkan kemahiran teknologi bagi menjalankan PdPR pada masa akan datang. Pengetahuan mengenai kemahiran mengawal tekanan pula perlu dikuasai sepenuhnya agar dapat meningkatkan efikasi diri seterusnya memudahkan perjalanan PdPR. Kajian ini juga berpendapat bahawa semua pihak dalam dunia pendidikan KAFA perlu meningkatkan ilmu mengenai perkembangan teknologi agar selari dengan revolusi yang sedang berlaku pada masa ini. Dalam masa yang sama, bengkel mengenai kemahiran mengawal tekanan juga perlu giat dilaksanakan supaya guru terdedah dengan pelbagai teknik asas dalam usaha untuk mengawal tekanan psikologikal.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here