Open Access
Kesan Strategi Metakognitif Ke Atas Kemahiran Bacaan Pemahaman Murid SJKC Tahap 2
Author(s) -
Siok Hoon Ng,
Saemah Rahma,
Shahlan Surat
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i3.1376
Subject(s) - physics , general education , humanities , psychology , art , mathematics education
Dalam pembelajaran bacaan pemahaman murid sekolah rendah tahap dua menghadapi masalah tidak dapat membentuk kemahiran menaakul dan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam proses bacaan pemahaman. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah kemahiran bacaan pemahaman dan kesan penggunaan strategi metakognitif dalam peningkatan kemahiran bacaan pemahaman dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tahap 2. Kajian tindakan ini telah dijalankan ke atas 36 orang murid Tahun 5 di sebuah SJKC di lokasi bandar. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik, praujian, pascaujian dan refleksi kendiri untuk mengenalpasti masalah-masalah murid dalam bacaan pemahamn dan juga meninjau tahap penguasan kemahiran bacaan pemahaman murid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan metakognitif murid setelah dijalankan strategi metakognitif mengikut pelan intervensi yang telah ditetapkan. Keputusan yang diperolehi melalui ujian -t bersandar menunjukkan nilai t35=-8.76 ; p=0.000 dapat dilihat terdapat perbezaan yang signifikan min praujian dan pascaujian pencapaian murid yang meningkat daripada 63.81 ke 85.67 membuktikan bahawa strategi metakognitif dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan pemahaman dikalangan murid sekolah rendah. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong bahawa strategi metakognitif boleh meningkatkan keupayaan murid dalam bacaan pemahaman. Oleh itu dicadangkan strategi metakognitif boleh diaplikasikan oleh guru bahasa dalam pengajaraan bagi meningkatkan kemahiran bacaan pemahaman murid.