
Hubungan antara Kompetensi Guru dengan Motivasi Murid Untuk Belajar dalam Norma Baharu
Author(s) -
Muhammad Faiz Rosli,
Abd Razaq Ahmad,
M. Khalid M. Nasir
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i3.1373
Subject(s) - humanities , psychology , mathematics , art
Dalam dunia pendidikan serba mencabar kini, masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap guru dalam bidang pendidikan walaupun dunia sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru dan motivasi belajar murid di salah sebuah sekolah di Subang Jaya di samping mengkaji pengaruh kompetensi guru terhadap motivasi belajar murid dalam norma baharu. Hasilnya harus dapat membantu guru melihat sejauh mana mereka telah mempraktikkan standard baharu untuk pengajaran di norma baharu dalam PdPR. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif deskriptif dan menggunakan reka bentuk kajian korelasi serta persampelan rawak mudah untuk memilih sampel daripada 1091 orang populasi murid di sekolah rendah. Seramai 56 orang murid terlibat dalam kajian ini. Instrumen Soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Perisian SPSS 26.0 telah digunakan untuk menganalisis data. Hipotesis kajian diuji menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan dan peratusan, serta statistik inferensi dalam bentuk pekali Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru mengikut persepsi murid (min = 3.54, SP = 0.533) dalam kalangan murid sekolah rendah di Subang Jaya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan adalah berada pada tahap yang tinggi. Begitu juga dengan tahap motivasi belajar murid (min = 3.91, SP = 0.312). Keputusan hubungan kedua-dua pemboleh ubah pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru mengikut persepsi murid (r = 0.393, p < 0.01) dengan motivasi belajar murid sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Usaha berterusan perlu dilaksanakan dalam meningkatkan kualiti guru serta motivasi belajar murid untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti walaupun tertampar dengan isu dan cabaran wabak koronavirus.