z-logo
open-access-imgOpen Access
Autoritarianisme Perbandingan: China dan Malaysia dalam Politik Covid-19
Author(s) -
Ariff Aizuddin Azlan,
Mohd Faiz Ismail,
Norashikin Mohd Mokhtar
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i3.1346
Subject(s) - political science , humanities , business administration , business , art
Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi yang diguna pakai oleh dua negara autoritarian yang berbeza dari segi prinsipnya iaitu China dan Malaysia semasa berhadapan dengan pandemik global Covid-19. Ia dihujahkan bahawa sistem asas politik dan kerajaan di dalam sesuatu negara itu adalah pemangkin utama yang signifikan di dalam langkah untuk membendung wabak Covid-19. Diistilahkan sebagai negara yang mempraktikkan sistem autoritarianisme berskala penuh, China dilihat lebih terkehadapan dan sistematik berbanding negara-negara maju yang lain dalam usaha untuk mengekang pandemik tersebut daripada merebak sepenuhnya. Meskipun terdapat beberapa kekangan utama dalam konteks antarabangsa seperti kritikan dan perkelahian dingin yang melibatkan kuasa besar dan organisasi antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) namun pentadbiran Xi Jinping berupaya mengubah naratif pandemik Covid-19 di negara sosialis itu. Manakala rejim bersifat semi-autoritarian seperti Malaysia pula dilihat masih lagi terperangkap dan bergelut dengan politik dalaman dan pada akhirnya mengakibatkan negara tersebut menyaksikan penularan wabak itu dalam bentuk gelombang ketiga. Kajian ini juga berhujah bahawa sistem politik rejim autoritarian berskala penuh dilihat lebih menekankan perincian yang tertentu terutama sekali apabila kuasa politik itu dipusatkan sepenuhnya maka perubahan dasar dapat direalisasikan dalam jangka waktu yang singkat dan rejim hybrid atau semi-autoritarian pula lebih terikat dengan desentralisasi kuasa yang pada akhirnya akan menjadikan taburan kuasa politik itu lebih berkecamuk dan konflik dalaman yang tidak dapat dielakkan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here