z-logo
open-access-imgOpen Access
Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal
Author(s) -
Norfarahzatul Asikin Zakari,
Mohamad Zuber Abd Majid,
Muhammad Hussin
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i2.1288
Subject(s) - humanities , physics , art
Hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menyediakan pendidikan kepada semua warganegara tanpa mengira latar belakang. Namun begitu, masalah dalam pendidikan khususnya keciciran pelajar kerap berlaku dan semakin membimbangkan di semua peringkat pengajian. Sehubungan dengan itu, kertas konsep ini bertujuan memperincikan beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang berlakunya keciciran dalam pendidikan. Faktor disebabkan oleh sosioekonomi keluarga, personaliti pelajar dan faktor luaran seperti budaya dan persekitaran, pengaruh rakan sebaya serta cara pengajaran guru telah dikenal pasti sebagai antara punca keciciran pelajar. Oleh itu, langkah- langkah mengatasi berlakunya keciciran turut diperincikan berdasarkan kajian lepas. Justeru, pelbagai langkah telah diambil oleh semua pihak terutamanya guru, sekolah, kementerian mahupun kerajaan dalam membendung penularan masalah ini. Antaranya adalah tingkatkan kesedaran ibu bapa, motivasi dan minat pelajar serta mempelbagaikan gaya pengajaran untuk menarik minat pelajar supaya tidak tercicir.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here