z-logo
open-access-imgOpen Access
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam kalangan Guru Arus Perdana
Author(s) -
Noor Syahira Jalaluddin,
Mohd Mokhtar Tahar
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i2.1280
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pendidikan inklusif dalam kalangan guru arus perdana yang dilaksanakan di dua buah sekolah rendah yang melaksanakan pendidikan inklusif di Melaka Tengah. Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes menggunakan Teori Pelaziman Operan Thorndike dan Model Le Francois. Kajian ini melibatkan sampel seramai lima orang guru arus perdana yang melaksanakan pendidikan inklusif. Kesahan dan kebolehpercayaan dilakukan melalui kaedah triangulasi iaitu menggunakan lebih daripada satu kaedah untuk mengumpul data. Data dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian. Semua dapatan data akan dianalisis menggunakan aplikasi Nvivo untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana pedagogi inklusif dilaksanakan oleh guru-guru yang dipilih dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati pelaksanaan pendidikan inklusif adalah di tahap sederhana di mana guru-guru arus perdana yang melaksanakan pendidikan inklusif dapat dikategorikan sebagai guru yang mempunyai pengetahuan mengenai pendidikan inklusif dan mereka juga melaksanakan pedagogi inklusif di dalam kelas. Walau bagaimanapun, masih juga terdapat di antara peserta kajian yang dapat dilihat masih kurang pengetahuan mengenai perancangan proses pengajaran dan pembelajaran Program Pendidikan Inklusif. Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan serta menitik beratkan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah supaya dapat menjayakan usaha kerajaan bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan inklusif di negara kita.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here