z-logo
open-access-imgOpen Access
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam Meningkatkan Kemahiran Literasi Sains dan Pencapaian Murid menerusi Persekitaran Pembelajaran dalam Talian
Author(s) -
Nurul Farhana Jumaat
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i1.1250
Subject(s) - humanities , physics , psychology , art
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran berasaskan inkuiri melalui model 5E terhadap kemahiran literasi Sains dan pencapaian murid menerusi persekitaran pembelajaran dalam talian iaitu aplikasi Google Classroom. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu kajian pra-eksperimental satu kumpulan pra dan pasca-ujian. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang murid Tahun 6 yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan manakala proses pengumpulan data pula mengambil masa selama empat minggu. Data kajian diperoleh melalui instrumen seperti borang soal selidik, borang senarai semak dan ujian pra dan pasca pencapaian Sains yang merangkumi topik Daya Geseran. Data kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis inferensi melibatkan Ujian Wilcoxon Signed Rank menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan murid adalah berada pada tahap yang memuaskan di mana majoriti pelajar bersetuju bahawa pembelajaran dalam talian memberi manfaat kepada mereka. Dapatan kajian juga mendapati kemahiran literasi Sains murid adalah memberangsangkan di mana hampir kesemua murid mempunyai kemahiran literasi Sains yang memuaskan setelah melalui persekitaran pembelajaran berasaskan inkuiri menerusi aplikasi Google Classroom. Akhir sekali, dapatan kajian mendapati bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan diantara markah purata pra dan pasca ujian dalam pencapaian Sains murid. Kesimpulannya, melalui kajian ini, pengkaji mendapati pembelajaran berasaskan inkuiri melalui model 5E dapat meningkatkan kemahiran dan pencapaian literasi Sains pelajar melalui persekitaran pembelajaran dalam talian iaitu aplikasi Google Classroom.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here