z-logo
open-access-imgOpen Access
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Khas dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Operasi Darab
Author(s) -
Nur Hana Kamarudin,
Khairul Farhah Khairuddin,
Ahmad Zamri Mansor
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i1.1249
Subject(s) - humanities , bantu languages , physics , art , philosophy , linguistics
Kajian ini dijalankan bagi melihat penggunaan bahan bantu mengajar guru pendidikan khas pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran matematik operasi darab. Kajian ini juga bertujuan untuk meneroka amalan guru Pendidikan Khas pembelajaran dalam penggunaan bahan bantu mengajar, jenis-jenis bahan bantu mengajar bagi meningkat kemahiran matematik operasi darab. Kajian ini menggunakan kajian kes yang terdiri daripada 5 orang guru Pendidikan khas pembelajaran yang mengajar mata pelajaran matematik dari beberapa buah sekolah di daerah Pudu, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian yang terdiri daripada temu bual dan analisis dokumen. Bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan, triangulasi data digunakan bagi mengukuhkan data kajian yang diperolehi agar ia tidak boleh diragui ketepatan dan keteguhan data yang diperolehi. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan guru dalam penggunaan bahan bantu mengajar mempengaruhi peningkatan dalam kemahiran matematik operasi darab. Amalan guru dalam kesediaan sebelum bermulanya sesi PdPc, BBM sebagai pemudah cara, mengenal pasti tahap penguasaan serta jenis BBM yang digunakan merupakan faktor yang mampu meningkatkan kemahiran matematik operasi darab bagi murid-murid khususnya MBK pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif dapat menarik minat MBK pembelajaran dalam menguasai mata pelajaran matematik terutama dalam operasi darab.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here