z-logo
open-access-imgOpen Access
Hubungan Faktor Guru dan Persekitaran dengan Pembelajaran Pendidikan Jasmani : Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Pendalaman Sabah
Author(s) -
Ahmad Fadly Abdul Rahman,
Muhamad Suhaimi Taat,
Jenorita Hongkong
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i9.984
Subject(s) - humanities , physics , general education , psychology , mathematics education , philosophy
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Seramai 101 orang murid  telah dipilih secara rawak dari 4 buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada “School-Level Environment Questionnaire” untuk mengukur faktor guru dan persekitaran sekolah dan soal selidik “National Survey of Student Engagement” untuk mengukur penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan faktor guru dan persekitaran berdasarkan jantina lelaki dan wanita. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor guru dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani (r=.868, p<0.01), dan  faktor persekitaran dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani (r=.907, p<0.01). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor guru dan faktor persekitaran adalah pemboleh ubah yang relevan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah di Dearah Pendalaman. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menitik beratkan  faktor guru dan persekitaran kerana ianya memberi kesan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Semua pihak perlu berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan kebolehan mengajar, mempunyai pengetahuan yang spesifik dalam bidang pembelajaran serta menambaik persekitaran sekolah supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam pembelajaran pendidikan jasmani ke arah yang lebih baik.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here