
Personaliti Grit dan Kesejahteraan Subjektif Pelajar Universiti
Author(s) -
Muhammad Syaril Anwar Mustaza,
Faridah Mydin Kutty
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i9.980
Subject(s) - humanities , grit , sociology , psychology , philosophy , social psychology
Sikap tabah, ketekunan serta bersedia berhadapan dengan perubahan di luar jangka adalah nilai penting yang perlu wujud dalam diri seseorang mahasiswa. personaliti grit dan kesejahteraan subjektif mempengaruhi kualiti pembelajaran pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dipilih bagi mengenal pasti tahap personaliti grit dan kesejahteraan subjektif pelajar dan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut turut di lihat. Sejumlah 387 orang responden dalam kalangan pelajar UKM dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Instrumen kajian Short Grit Scale (Grit-S) dan College Student Subjective Wellbeing Questionnaire yang diadaptasi digunakan bagi tujuan pengumpulan data.. Hasil analisis menunjukkan pelajar mempunyai tahap grit yang sederhana tinggi (s.p. =0.866) dan mempunyai tahap kesejahteraan subjektif yang tinggi (s.p. = 1.064). Manakala, hubungan korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara personaliti grit terhadap kesejahteraan subjektif (r = 0.357, p< 0.01). Model analisis regresi linear menunjukkan grit secara kolektif menyumbang 12.5% terhadap konstruk kesejahteraan subjektif pelajar. Kajian ini memberikan gambaran bahawa tahap kesejahteraan subjektif pelajar akan meningkat sekiranya tahap personaliti grit meningkat. Personaliti grit dan Kesejahteraan subjektif pelajar adalah penting kerana ia memberikan gambaran terhadap kemampuan pelajar menghadapi pembelajaran sepanjang musim pandemik yang sangat mencabar. Selain itu juga, aspek personaliti grit mampu di jadikan sebagai petunjuk kepada kesejahteraan subjektif pelajar. Dapatan ini juga menambahkan lagi maklumat dan pengetahuan berkenaan topik personaliti grit yang masih kurang dikaji secara menyeluruh.