
Gelagat Berparlimen Pasca-Rejim Autoritarian: Satu Tinjauan Awal dalam Politik Malaysia
Author(s) -
Ariff Aizuddin Azlan,
Shahidah Abdul Razak,
Zouhair Mohd Rosli
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i9.1017
Subject(s) - humanities , physics , political science , philosophy
Perspektif konvensional memposisikan Parlimen itu sebagai satu sumber yang signifikan untuk proses penyuburan demokrasi setempat dan kewujudan Parlimen itu membawa kepada satu andaian bahawa sememangnya proses pengukuhan demokrasi itu tidak asing dan ia bergantung kepada aspek-aspek keberfungsian sesuatu institusi itu dan juga jenis sistem politik yang diterapkan. Justeru itu, kekalahan rejim Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan pada Mei 2018 membuktikan bahawa gelombang pendemokrasian telah berjaya menembusi tembok autoritarian yang dibina berdekad lamanya. Tentangan politik yang diolah oleh gabungan pembangkang Pakatan Harapan memberikan impak yang sangat signifikan terhadap perubahan corak kekuasaan di peringkat persekutuan dan negeri. Kajian ini juga berhujah bahawa kejatuhan rejim autoritarian telah membawa kepada pendemokrasian gelagat berparlimen di mana institusi tersebut menyaksikan beberapa siri perubahan yang drastik di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Pembaharuan institusi yang dibawa oleh pentadbiran Pakatan Harapan ini adalah signifikan di mana kuasa politik tidak lagi dipusatkan dan tertumpu sepenuhnya di bawah satu punca kuasa yang sama dan pertukaran kepimpinan di peringkat persekutuan ini juga menyaksikan Parlimen beroperasi sepenuhnya mengikut skema demokrasi yang dianjurkan dan seterusnya menjadikan gelagat berparlimen itu lebih menyeluruh.