z-logo
open-access-imgOpen Access
Keberkesanan Kaedah Pengajaran Needham, STAD dan Konvensional Berpandukan Modul Pendidikan Kesenian Terhadap Hasil Kerja Seni dan Minat Murid Sekolah Rendah
Author(s) -
Othaya Kumaran Kandasamy,
Al-Amin Mydin,
Abdul Ghani Kanesan,
Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i8.942
Subject(s) - humanities , physics , mathematics , art
Kajian ini bertujuan untuk mengukur keberkesanan kaedah pengajaran Needham, STAD (Student Team Achievement Division) dan Konvensional berpandukan Modul Pendidikan Kesenian tahun empat terhadap pencapaian hasil kerja seni dan minat murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kuasi eksperimen dengan membahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan eksperimen 1 diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran model Needham. Kumpulan eksperimen 2 diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran model STAD. Manakala kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Ketiga-tiga kumpulan ini diajar berpandukan Modul Pendidikan Kesenian tahun empat. Kajian ini melibatkan 92 orang murid tahun empat dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kuala Muda, Yan negeri Kedah. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini ialah rancangan pengajaran model Needham, model STAD dan konvensional. Selain itu, ujian pra, ujian pasca dan soal selidik minat juga digunakan. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan ujian ANCOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen 1 yang diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran Needham menunjukkan peningkatan min skor pencapaian hasil kerja seni secara signifikan berbanding dengan kumpulan eksperimen 2 yang diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran model STAD dan kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Selain itu, minat murid kumpulan eksperimen 1 terhadap mata pelajaran pendidikan kesenian menunjukkan min skor yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain. Akhir sekali, kajian ini memberikan implikasi yang jelas terhadap peningkatan pencapaian hasil kerja seni dan minat murid tahun empat di SJKT dalam mata pelajaran pendidikan kesenian.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here