
Penilaian Tahap Kepulihan Penagihan Dadah dalam kalangan Penagih Lelaki yang sedang Menjalani Rawatan dan Pemulihan
Author(s) -
Siti Norashida Binti Mohd Rashid,
Norshahira Binti Osman,
Lukman Z. Mohamad
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i8.939
Subject(s) - physics , humanities , art
Kajian psikologikal berkenaan kepulihan ketagihan dadah berkembang dan bertambah secara dinamik selari dengan masalah dadah yang wujud di dunia. Kajian ini berfokus untuk mengenal pasti tahap kepulihan penagih dadah yang menjalani rawatan pemulihan di CCRC Besut secara kuantitatif berdasarkan instrumen DART yang dibina. Seramai 123 penagih dadah yang dirawat di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) di Besut, Terengganu dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif pada setiap komponen iaitu kebergantungan dadah, kemungkinan relaps dadah, resiliensi dadah dan kekuatan mental klien. Dari segi tahap kepulihan responden di CCRC Besut, kajian ini menunjukkan bahawa 52.03% responden boleh dibebaskan sepenuhnya, 36.59% responden boleh dibebaskan sebagai pesakit luar, 8.94% responden tidak boleh dibebaskan dan perlu diberikan pemantauan, dan 2.44% responden tidak boleh dibebaskan dan perlu menjalani rawatan secara intensif. Kajian ini membuktikan bahawa instrumen tersebut dapat digunakan untuk mengukur tahap kepulihan penagih yang sedang menjalani rawatan dadah di pusat pemulihan. Kesimpulannya, instrumen DART yang dibina diharapkan dapat membantu kerajaan khususnya CCRC untuk merawat penagih daripada masalah penagihan dadah dengan lebih berkesan di masa depan.