z-logo
open-access-imgOpen Access
Kesan Peningkatan Harga Pelitup Mulut dan Hidung Kepada Pengguna Semasa Pandemik COVID-19
Author(s) -
Najwa Alwi,
Nor Ashiqin Mohd Tahir,
Mohamad Izzuan Mohd Ishar
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i8.936
Subject(s) - humanities , art
Pandemik COVID-19 ini bukan sahaja semakin hari semakin membimbangkan, malahan langkah penjagaan juga perlu diberi perhatian dan dititikberatkan oleh semua pihak dengan mendapatkan kit pencegahan virus seperti pelitup mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman, pengesan suhu badan, penyembur udara dan tisu basah anti bakteria. Kajian ini mengkaji kesan peningkatan harga pelitup mulut dan hidung kepada pengguna semasa pandemik COVID-19. Kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada seluruh warga Malaysia sebagai sasaran kajian. Terdapat 50 responden yang menjawab borang soal selidik tersebut iaitu 26 orang responden lelaki dan 24 orang responden perempuan. Keputusan daripada kajian tersebut telah menunjukkan bahawa akibat peningkatan harga pelitup mulut dan hidung telah memberi kesan yang mendalam kepada pengguna. 70% responden telah mengatakan mereka merasa terbeban dengan peningkatan harga pelitup mulut dan hidung.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here