
Pembangunan Profesionalisme Guru Matematik Sekolah Rendah: Kajian Literatur Bersistematik
Author(s) -
Shamsinar Jamaludin,
Roslinda Rosli
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i8.912
Subject(s) - humanities , general education , physics , art , psychology , pedagogy
Isu utama dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ketika ini telah menuntut guru melakukan perubahan secara keseluruhan dari pelbagai aspek. Ini termasuklah cabaran yang menguji kemahiran, kemampuan dan kekuatan guru dalam melakukan sesuatu aktiviti. Setiap perubahan yang berlaku dalam kurikulum memerlukan guru meneliti secara terperinci agar perubahan yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada semua. Tujuan kajian adalah untuk mensintesis kajian empirikal tentang isu-isu dan kritikan yang berkaitan dengan pembangunan profesionalisme dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Kajian literatur bersistematik adalah satu lagi kajian yang wujud untuk mengenal pasti secara kritis perubahan dan perbezaan dapatan empirikal terhadap satu-satu aspek yang ingin dikaji. Kajian tinjauan merupakan reka bentuk yang dijalankan untuk mensintesis dapatan penyelidikan empirikal yang berkaitan dengan pembangunan profesionalisme guru matematik sekolah rendah. Hasil daripada dapatan analisis kajian empirikal terpilih, kajian terhadap STEM dan lesson study menjadi pilihan pengkaji dalam pembangunan profesionalisme guru matematik sekolah rendah. Manakala Amerika Syarikat merupakan negara yang tertinggi menjalankan kajian ini. Faktor masa, keperluan guru dan kesan terhadap pencapaian pelajar menjadi pengaruh utama dalam pemantapan pembangunan profesionalisme kepada guru matematik sekolah rendah. Secara kolektif, penganjuran sesuatu program perlu dilihat dalam perbagai aspek agar objektif dan sasaran sampai kepada matlamat utama. Implikasi dapatan kajian ialah program pembangunan profesionalisme ini harus berterusan sepanjang tahun dan bukannya dalam sesi singkat. Hal ini kerana, sesi ringkas terbukti kurang berkesan dalam mengubah sikap guru terhadap pengajaran dalam bilik darjah. Program pembangunan profesionalisme ini juga harus diadakan di sekolah supaya semua guru matematik dapat mengikuti program tersebut, dan bukannya sebilangan kecil guru sahaja.