
Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah
Author(s) -
Velerie Wheelervon Primus,
Musirin Mosin
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i8.903
Subject(s) - humanities , art
Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi kurikulum semasa dalam landskap pentaksiran pendidikan negara. Pendekatan utama dalam PBD ialah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan perancangan PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang guru di empat buah sekolah yang terlibat dalam mengendalikan PBD dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga belas sub tema yang muncul dalam pengurusan perancangan pentaksiran dan pengurusan strategi mentaksir MBK PPI. Kajian ini adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh guru selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah memberi garis panduan kepada guru untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI.