z-logo
open-access-imgOpen Access
Peluang China Aplikasi Model Taiwan Relations Act (TRA) dalam Konflik Israel-Palestin sebagai Palestine Relations Act (PRA) dan Meluaskan Kuasa Ke Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan Non-Aligned Movement (NAM)
Author(s) -
Mohamad Faisol Keling,
Md. Shukri Shuib
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i6.840
Subject(s) - political science , china , humanities , philosophy , law
Penyelesaian Konflik Israel-Palestin telah menjadi agenda global yang tidak hanya membabitkan negara tertentu tetapi juga melibatkan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan Non-Aligned Movement (NAM) yang gagal diselesaikan semenjak tahun 1948. Serangan ke atas negara dan korban nyawa rakyat Palestin telah menjadi perkara biasa dalam senario keselamatan antarabangsa. China yang merupakan antara kuasa besar dan ahli Majlis Keselamatan PBB telah memberi perhatian terhadap nasib Palestin telah menarik perhatian sebagai negara yang mampu membawa penyelesaian konflik. Dalam masa yang sama China turut memiliki peluang melalui konsep hubungan China-Taiwan dalam Taiwan Relations Act (TRA) sebagai model penyelesaian yang akan memberikan manfaat yang besar kepada Palestin dan China sendiri dalam aspek politik, ekonomi dan penyelesaian masalah dalaman China. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konsep TRA boleh dijadikan sebagai asas kepada pembentukan Palestine Relations Act (PRA) antara China dan Palestin yang akan membuka peluang kepada perluasan pengaruh kepada 57 buah negara OIC dan 120 buah negara NAM yang secara langsung memberikan sokongan kepada China bagi menggantikan Soviet Union (Rusia) untuk mengimbangi kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dalam sistem antarabangsa. China yang selama ini terpaksa tunduk dan diawasi oleh AS dalam tuntutannya ke atas Taiwan kini dapat menggunakan model TRA ini bagi membolehkan China memantau dan mengawasi perluasan kuasa AS di Timur Tengah dan antarabangsa di samping memiliki peluang besar untuk muncul sebagai kuasa pengimbang dalam sistem antarabangsa. Kajian ini turut menyatakan keberkesanan cegahrintang (deterrence) TRA dan model ini dapat digunakan oleh China untuk diaplikasikan dengan Palestin melalui PRA yang dapat membawa kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here