Open Access
Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih dalam Pembelajaran Matematik bagi Pelajar Sekolah Menengah
Author(s) -
Noorhelyna Razali,
Fariza Khalid
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i6.812
Subject(s) - humanities , computer science , physics , art
Penggunaan aplikasi untuk peranti mudah alih telah berkembang dengan pesat dan menjadi isu yang hangat diperkatakan dalam bidang pendidikan serta perkembangan pelajar. Fleksibiliti, mesra pengguna, kecil, kemudahan akses dan pelbagai keupayaan teknologi mudah alih yang lain menjadikannya berharga dan menjadi keperluan pada masa kini. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pelajar sekolah menengah menggunakan aplikasi mudah alih bagi subjek matematik dalam pembelajaran secara kendiri melalui satu kajian kes. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di Terengganu. Pengumpulan data juga dilakukan dengan menggunakan instrumen temu bual kepada 10 orang pelajar daripada populasi 233 orang pelajar sekolah menengah di Terengganu. Hasilnya menunjukkan terdapat perbezaan pembelajaran secara kendiri bagi pelajar lelaki dan perempuan dalam penggunaan aplikasi mudah alih. Oleh itu, pelajar sekolah menengah masih perlu diberikan pengetahuan dan motivasi mengenai pembelajaran secara kendiri kerana penggunaan teknologi seperti aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu strategi pengajaran untuk perkembangan kemahiran metakognisi dalam penyelesaian masalah matematik.