
Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah
Author(s) -
Muhammad Zulfiqar Mat Lui,
Anuar Ahmad
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i2.676
Subject(s) - humanities , general education , psychology , physics , art , mathematics education
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap minat murid dalam gaya pengajaran dan juga kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan sejarah. Kajian tinjauan ini dengan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 100 orang murid dalam Daerah Kuantan. Borang soal selidik dalam bentuk Google Form digunakan untuk mendapat data atau maklumat yang berkaitan dengan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPPS Version 22.0 (Statistical For Social Science). Hasil dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi , peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi yang menggunakan ujian t-tidak bersandar untuk melihat perbezaan minat terhadap gaya pengajaran dan pembelajaran guru berdasarkan jantina. Dapatan kajian mendapati kaedah penggunaan buku teks mempunyai frekuensi dan peratusan yang tertinggi dan penggunaan bahan bantu mengajar seperti animasi, animasi bercetak, drama dan filem mendapat frekuensi dan peratusan yang terendah. Begitu juga dengan gaya pengajaran dan pembelajaran guru yang diminati oleh murid. Dapatan mendapati murid berminat apabila guru memberikan latihan yang sesuai dengan tahap dan kemahiran mereka dalam subjek sejarah. Dapatan untuk analisis inferensi iaitu ujian T-Tidak bersandar mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan sejarah yang diminati murid berdasarkan jantina. Ini bermakna kaedah pengajaran dan pembelajaran guru masih lagi menggunakan buku teks sebagai kaedah pengajaran utama tetapi disertakan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat bantu mengajar. Gaya pengajaran dan pembelajaran juga ialah guru menyediakan soalan yang sesuai dengan tahap dan pencapaian pelajar dalam pendidikan sejarah.