z-logo
open-access-imgOpen Access
Hubungan Iklim Organisasi Sekolah dengan Burnout Guru Sekolah Menengah
Author(s) -
Shen Yen Leong,
Norazah Nordin
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i2.663
Subject(s) - humanities , general education , physics , psychology , pedagogy , philosophy
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap iklim organisasi sekolah dan tahap burnout guru serta hubungan iklim organisasi sekolah dengan burnout guru dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Subis, Sarawak. Kajian in adalah bersifat kuantitatif yang mendadaptasi dan menyesuaikan soal selidik Organisational Climate Index (OCI) dan Maslach Burnout Index (MBI) mengikut konteks kajian. Sampel kajian terdiri daripada 167 orang guru yang telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata daripada 5 buah sekolah menengah di daerah Subis. Perisian SPSS versi 26 digunakan untuk menganalisis data dengan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap iklim organisasi sekolah berada pada tahap yang sederhana (min= 2.58, SP=.379). Tahap burnout guru dalam kalangan guru sekolah menengah berada pada tahap sederhana rendah (min= 2.61, SP=.466). Analisis korelasi pearson yang menjelaskan hubungan iklim organisasi sekolah dengan burnout guru sekolah menengah daerah Subis pula mencatatkan korelasi yang tidak signifikan (r=.053) pada tahap sangat rendah. Analisis regresi berganda stepwise mendapati tiada dimensi iklim organisasi sekolah yang meramalkan tahap burnout [F (4, 162) = 0.689, p<0.05]. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa iklim organisasi sekolah adalah kurang terbuka kerana pihak pentadbiran sekolah kurang memberi dan mendapat maklum balas daripada pihak ibu bapa dan pihak luar. Kajian lapangan perlu merangkumi aspek iklim sekolah yang lain seperti penglibatan murid, komitmen guru dan efikasi kendiri guru. Iklim organisasi sekolah yang rendah memberikan implikasi terhadap pengetua untuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan kepada pihak ibu bapa serta bersikap terbuka untuk menerima pandangan daripada pihak lain.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here