
Modul Kadimel: Reka Bentuk Pembangunan Modul Pembelajaran Kosa Kata Yang Lebif Afdal
Author(s) -
Thibbah Gatanagayan,
Fadzilah Amzah
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i12.1184
Subject(s) - humanities , physics , mathematics , art
Kajian awal membuktikan majoriti pelajar khususnya pelajar kolej vokasional tidak dapat membina ayat yang gramatis berdasarkan kosa kata yang sesuai selain menghadapi isu motivasi yang rendah dan bahan pembelajaran yang terhad bagi subjek Bahasa Melayu. Hal ini secara langsung akan mengganggu proses pembelajaran pelajar untuk menguasai kosa kata Bahasa Melayu dengan baik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul yang berkesan dan interaktif bagi mengatasi masalah ketidakupayaan pelajar untuk mahir dalam kosa kata Bahasa Melayu dengan menerapkan elemen-elemen pembelajaran dalam aplikasi web Quizlet yang dapat membantu pelajar bermain sambil belajar dalam suasana yang tidak tertekan. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Nailul dan Zaleha (2017), aplikasi Quizlet amat efektif dalam usaha untuk memperkaya kosa kata pelajar. Kad imbas elektronik yang dibangunkan melalui aplikasi Quizlet dikenali sebagai aplikasi web kad imbasan iaitu web-based flashcard program sesuai dalam pembelajaran kosa kata dengan mengekalkan informasi kosa kata dengan cara kreatif melalui pendedahan mod-mod yang menarik seperti mod Flashcards, Learn, Write, Spell, Test, Match , Gravity dan Live manakala penyelidik membangunkan mod kesembilan yang merupakan aktiviti binaan ayat dengan menggunakan 12 perkataan yang telah dipelajari dalam kad imbas elektronik. Pembinaan modul yang dikenali sebagai Modul Kadimel (singkatan bagi kad imbas elektronik) ini telah dibangunkan berdasarkan turutan dan langkah dalam Model ADDIE dengan mengintegrasikan teknologi dan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini diharap modul berbantukan multimedia ini dapat meningkatkan pencapaian kosa kata bagi pembelajaran Bahasa Melayu selain membantu pelajar mengekalkan informasi kosa kata dengan cara kreatif.