
Kepuasan Kediaman Perumahan Kos Rendah di Kota Bharu, Kelantan
Author(s) -
N. Md. Sani,
Siti Nur Fatihah Che Ghani
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i11.1170
Subject(s) - physics , humanities , general education , art , mathematics , mathematics education
Perumahan merupakan sejenis keperluan asas yang sangat penting untuk manusia selain menjadi agenda utama setiap negara. Dalam masa yang sama, tahap kepuasan terhadap perumahan juga sangat penting diambil kira dalam pembangunan sesebuah perumahan terutamanya perumahan kos rendah yang memerlukan kesesuaian harga dan keselesaan dari segi ciri perumahan, persekitaran, penyelenggaraan, kerja pembinaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perumahan kos rendah sering dikaitkan dengan isu perumahan yang kurang memuaskan dan menyebabkan penduduk yang mendiami perumahan kos rendah itu tidak berpuas hati terhadap ciri-ciri perumahan tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor tahap kepuasan perumahan kos rendah dan untuk menentukan tahap kepuasan perumahan kos rendah. Kawasan kajian ialah di flat Buluh Kubu dan perumahan teres kos rendah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Saiz sampel ialah seramai 560 orang responden iaitu responden di flat Buluh Kubu seramai 260 responden dan responden di perumahan teres kos rendah di Pengkalan Chepa seramai 300 responden. Dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis kekerapan dan analisis deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor tahap kepuasan perumahan kos rendah ialah kriteria perumahan di dalam bangunan dan di luar bangunan iaitu unit dalaman, ukuran unit, berdekatan kemudahan awam, penyelenggaraan dan keadaan persekitarannya, kelengkapan kebersihan, jenis rumah, bahan binaan, susun atur dalaman unit, kualiti kerja dan struktur rumah. Manakala bagi tahap kepuasan perumahan kos rendah, hasil kajian mendapati responden di kedua-dua kawasan kajian tidak berpuas hati terhadap keadaan balkoni, ruang dobi, taman permainan, sistem penyelenggaraan tong sampah, atap, perilaku penduduk yang tidak menjaga kebersihan dan bangunan rumah yang pecah serta retak.