
Pembinaan Instrumen Pencapaian Awal Matematik untuk Kanak-kanak Prasekolah
Author(s) -
Connie Cassy Ompok,
Alley Emison,
Lydia Teo
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i11.1148
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Kajian ini adalah membina instrumen untuk mengukur pencapaian awal matematik untuk kanak-kanak prasekolah. Dalam membina instrumen ini, penyelidik telah memilih kaedah konsistensi dalaman menggunakan Model Rasch. Dua set instrumen pencapaian awal Matematik kanak-kanak prasekolah diadaptasikan daripada Test of Early Mathematics Ability (TEMA) (Ginsburg dan Baroody, 2003) berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Instrumen-instrumen ini merupakan ujian pra dan ujian pasca yang boleh digunakan untuk mengenal pasti kesan intervensi Matematik. Data kajian diperoleh melalui kaedah temu bual dan pemerhatian tulisan kanak-kanak yang seterusnya diterjemahkan kepada data kuantitatif. Kesemua item dalam kajian ini mempunyai kesahan konstruk iaitu berada dalam lingkungan 0.77 dan 1.30 semasa kajian rintis dijalankan.