
Pengaruh Sikap, Pengetahuan dan Kemahiran Terhadap Pencapaian Kendiri Guru di Sabah
Author(s) -
Sarimawathy Jumanie,
Syahrul Nizam Salam
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i10.1127
Subject(s) - physics , humanities , instructional technology , psychology , pedagogy , philosophy , educational technology
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh sikap, pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pencapaian konsep kendiri guru Bahasa Melayu di Sabah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif melibatkan seramai 380 guru Bahasa Melayu iaitu sebagai responden. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik IBM SPSS versi 22. Data yang diperoleh, dianalisis menggunakan ujian statistik parametrik iaitu regresi berganda. Keputusan menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan faktor peramal iaitu sikap, pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pencapaian kendiri guru Bahasa Melayu. Implikasi daripada kajian ini, mencadangkan bahawa pencapaian kendiri guru Bahasa Melayu perlu sentiasa dipertingkatkan dan ditambah baik dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran dalam meningkatkan pencapaian akademik di sekolah.