
Kaedah Flipped Classroom dalam Pembelajaran Matematik di Peringkat Pengajian Tinggi : Sorotan Literatur Bersistematik
Author(s) -
Saleh Bin Osman,
Siti Mistima Maat
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v6i10.1067
Subject(s) - humanities , physics , general education , psychology , mathematics education , art
Pembelajaran yang berpusatkan pelajar semakin mendapat sambutan di kalangan tenaga pengajar. Pendekatan flipped classroom yang memerlukan penglibatan aktif para pelajar dalam perbincangan dan penyelesaian masalah mengubah keadaan tradisional pembelajaran. Kajian sistematik ini adalah untuk meninjau persepsi dan impak flipped classroom dalam pembelajaran Matematik di peringkat pengajian tinggi. Sebanyak 30 artikel yang berkaitan dari tahun 2017 sehingga 2021 dipilih dari dua pangkalan data iaitu Scopus dan Web of Science (WOS). Beberapa kriteria melibatkan jenis artikel, peserta kajian serta skop kajian telah ditetapkan bagi kajian ini. Hasil analisis mendapati bahawa para pelajar serta pengajar di peringkat kolej dan universiti mempunyai persepsi yang positif terhadap flipped classroom. Selain itu, terdapat tiga impak utama flipped classroom terhadap pelajar iaitu dari segi pencapaian Matematik, sikap pelajar dan penglibatan dalam pembelajaran telah dikenal pasti. Pencapaian pelajar dalam subjek Matematik didapati meningkat serta sikap pelajar menjadi positif terhadap pembelajaran. Pelajar juga didapati lebih terbuka dalam interaksi di dalam kelas serta aktif terlibat dalam pembelajaran. Dapatan kajian diharap meyakinkan tenaga pengajar bagi menggunakan kaedah flipped classroom di dalam kelas dengan lebih berkesan.