z-logo
open-access-imgOpen Access
Takrifan Autoriti Sebagai Wacana Realiti Sosial dalam Kempen Bulan Penghayatan Kebangsaan
Author(s) -
Sitinurbayu Mohd Yusoff,
Syahruddin Ag Ahmad,
Aisah Meri,
Cyril Modili
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i8.455
Subject(s) - humanities , art
Setiap tahun, perayaan Hari Kebangsaan disambut meriah dengan pelbagai kempen dan program anjuran kerajaan bagi menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat. Sambutan perayaan Hari Kebangsaan ini dianjurkan dengan harapan ia dapat membina jiwa kenegaraan yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang majmuk. Pengisian dalam kempen Hari Kebangsaan adalah sepenuhnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengatur pelan strategi yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Di sini, pengaruh realiti sosial takrifan autoriti dijangka memainkan peranan dalam mengawal situasi untuk mengekalkan sesuatu penguasaan yang telah diperolehi. Oleh itu, wacana tentang kemerdekaan yang diketengahkan oleh pihak kerajaan melalui kempen bulan Kebangsaan saban tahun harus dirancang dengan teliti agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dalam sesebuah kempen dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar.  Dalam masa yang sama kebijaksanaan kerajaan dalam merangka kandungan kempen perlu agar integriti kerajaan dalam memimpin negara diperolehi dan dipandang tinggi di mata dunia. Kaedah perbincangan kumpulan fokus dan temubual mendalam telah dijalankan untuk mengenalpasti adakah wujudnya unsur ‘authority-defined’ dalam pemilihan isi kandungan kempen bulan Kebangsaan. Dapatan yang digarap daripada perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam dikaitkan dengan konsep realiti sosial takrifan autoriti sebagai pemangkin kepada pembentukan terhadap penguasaan dalam kalangan rakyat negara ini. Kajian ini diharap dapat memberikan  pemahaman yang lebih jelas mengapa konsep takrifan autoriti (authority-defined) itu lebih penting untuk dipraktiskan dalam pengurusan sesebuah pemerintahan berbanding amalan takrifan harian (everyday-defined).  

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here