z-logo
open-access-imgOpen Access
Kesan Penggunaan Sumber-Sumber Sejarah Berdasarkan Model Motivasi ARCS Terhadap Peningkatan Motivasi Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat
Author(s) -
M. Kaviza
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i7.923
Subject(s) - humanities , physics , art
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap peningkatan motivasi dalam kalangan murid Tingkatan Empat. Dalam kajian ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan penggunaan sumber-sumber sejarah telah direka bentuk berdasarkan Model Motivasi ARCS (Keller, 1983; 1986) sebagai intervensi. Reka bentuk Pra-eksperimen iaitu Ujian Pra-Ujian Pasca Satu Kumpulan telah digunakan dalam kajian ini. Kesan penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap motivasi diukur dalam ujian pra dan ujian pasca. Seramai 55 orang murid yang ditentukan dengan menggunakan teknik persampelan cluster terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Soal selidik Instructional Material Motivation Survey yang telah diadaptasi telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan sumber-sumber sejarah memberi kesan peningkatan kepada motivasi dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini adalah dalam mengintegrasikan penggunaan sumber-sumber sejarah sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan murid.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here